Thursday, July 9, 2009

KISAH RAHSIA DI SEBALIK SOLAT 5 WAKTU


Saidina Ali bin Abi Talib r.a. berkata,
 
"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat aMuhajirin
dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan
orang-orang Yahudi lalu berkata,
'Ya Muhammad,kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat
yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s.yang tidak
diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat
muQarrab.'
 
Lalu Rasullullah saw bersabda,
'Silakan bertanya.'
 
Berkata orang Yahudi,
'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan
oleh Allah ke atas umatmu.'
 
Sabda Rasullullah saw,
'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari,maka bertasbihlah
segala sesuatu kepada Tuhannya. Sembahyang Asar itu ialah saat
ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.Sembahyang Maghrib
itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka
setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan
kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah
akan mengkabulkan permintaannya.Sembahyang Isyak itu ialah
sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari.Ini kerana
apabila matahari terbit,terbitnya di antara dua tanduk syaitan
dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'
 
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw,
lalu mereka berkata,
'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.Katakanlah kepada
kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.'
 
Rasullullah saw bersabda,
'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Zuhur,pada saat itu nyalanya neraka Jahanam.Orang-orang
mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan
ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
 
Sabda Rasullullah saw lagi,
'Manakala sembahyang Asar,adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan
buah khuldi.Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar
akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'
 
Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud,
'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang
yang pertengahan.'
(al-BaQarah ayat 238)
 
Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam as
diterima.Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib
kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.
 
Sabda Rasullullah saw,
'Sembahyang Isyak (atamah).Katakan kubur itu adalah sangat
gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin
yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan
sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada
terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk
menyeberangi Titian Sirath.'
 
Sabda Rasullullah saw seterusnya,
'Sembahyang Subuh pula,seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang
Subuh selama 40 hari secara berjamaah,diberikan kepadanya oleh
Allah SWT dua kebebasan iaitu:
 
1.  Dibebaskan daripada api neraka.
2.  Dibebaskan dari nifaQ.
 
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada
Rasullullah saw, maka mereka berkata,
'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw).
Kini katakan pula kepada kami semua,kenapakah Allah SWT
mewajibkan puasa 30 hari ke atas
umatmu?'
 
Sabda Rasullullah saw,
'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang,lalu
makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari.
Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s.
berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam
itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.'
 
Kata orang Yahudi lagi,
'Wahai Muhammad,memang benarlah apa yang kamu katakan itu.
Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang
diperolehi daripada berpuasa
itu.'
 
Sabda Rasullullah saw,
'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan
ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:
 
1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang
tumbuh daripada makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang
Titian Sirath.
7. Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'
 
Kata orang Yahudi,
'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.Katakan kepada kami kelebihanmu di
antara semua para nabi.'
 
Sabda Rasullullah saw,
'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan
umatnya, tetapi
saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya
gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).'
 
Kata orang Yahudi,
'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.Kini kami mengakui
dengan ucapan Asyhadu Alla ilaaha illallah,wa annaka Rasulullah
(kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau
utusan Allah).'
 
Petikan Ayat Quran bagi peringatan untuk kita semua:
 
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu,dengan
sedikit ketakutan,kelaparan, kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.
Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."
(Surah Al-BaQarah: ayat 155)
 
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya.Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang
diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya."
(Surah Al-BaQarah: ayat 286)

p/s:jdk mai lah kite same2 tunaikn solat 5 waktu..
jgn sekali-kali miss yer=)
Wallahu A'lam...
 


No comments: