Wednesday, October 22, 2008

PERINGATAN BESAR BUAT KAUM WANITA


Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari

masuk aku ke dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku,

Siti Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka

sabda Nabi SAW.

"Siapa yang dipintu itu?"

Maka sahut Siti Fatimah;

"Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap

engkau ya Rasulullah".

Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba

kami dapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai

tangis yang sangat. Maka kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya;

"Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya,

Rasulullah. apakah yang menyebabkan engkau menangis?"

Maka sabda Rasulullah SAW.;

"Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj,

beberapa perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat

sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana

itulah yang menyebakan aku menangis kerana keadaan mereka yang

tersangat siksa".

Berkata Sayyidina Ali RA.;

"Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka

itu?"

Maka sabda Rasulullah SAW.;

Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan

lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam

lehernya; dan Aku lihat seorang perempuan yang tergantung

dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan dua

kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan

segala malaikat yang menyiksa

itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu

dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas

ke dalam lehernya; dan Aku lihat seorang perempuan yang

tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan

masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah zaqqum itu adalah buah

kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan

mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih)segala isi

perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan keluar

lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal

memakan ia akan daging dirinya manakala api neraka

dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; dan Aku lihat pula

seorang perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala

malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan

dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya

itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular

dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan

darahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal

keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api

neraka pada hal keluar otak daripada kepalanya dan lagi

mengalir ke dalam hidungnya dan segala badannya itu amat busuk

lagi berputar-putar (menggelupur) seperti terkena penyakit

yang besar; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal

keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapan

hingga ke belakang daripada segala anggota dengan gunting api

neraka; dan

Aku lihat pula seorang yang hitam segala mukanya dan dua susunya dan api

memakan isi perutnya;dan lagi

perempuan yang tergantuung keadaannya, dan juga

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti

kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua

itu beribu-ribu warna daripada azab; dan

Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api

neraka itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada

ia{api} daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul

mereka itu akan kepalanya dan badanya dengan pemukul api

neraka.

Kata Sayyidina Ali RA;

Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu

berkata;

"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa

dosa-dosa mereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu

dengan berbagai-baga siksaan itu?"

Maka sabda Nabi SAW.;

Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan

mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada

mahu menutup rambu tnya daripada lelaki yang haram memandang

dia,

Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api

neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka

bahawa sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.

Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua

susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam

lehernya; maka sesungguh nya ia memberikan air susu suaminya

[kepada bayi yang lain] dengan tiada izin suaminya.

Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya

di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya

ia keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan

tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak

bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya

kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala

malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan

dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya

itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular

dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa

sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci badannya

dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan

meringan-ringan akan sembahyang.

Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan

tuli dan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka

bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan

ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang

menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan

anak itu adalah hasil daripada suaminya).

Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala

babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia

sangat mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.

Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia

ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa

sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia

(mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak

dengki mendengki

NAUZUBILLAH...DIHARAPKAN KITA DIJAUHKAN DARI HAL-HAL DAN KEADAAN BERIKUT...SEMOGA MAMPU MEMBERIKAN PERINGATAN KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN

Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:

1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

p/s:semua pantang-larang ini hanyalah buat hiburan dan bersahaja saja..diharapkan pembaca tidak terlalu mempercayainya dan tidak menganggapnya serius..ini kerana YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH..DAN YANG BURUK ITU DATANG DARI ALLAH JUGA,,TP DISANDARKAN KEPADA KITER...

buat santapan...

Tuesday, October 21, 2008

ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD S.A.W

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata,
Nabi Muhammad saw bersabda:

“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi
yang menakjubkan pada malam aku sebelum di
Israqkan…. ….”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

sedikit ILMU buat semua....

AL-GHAZALI:

"Yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL SOLEH &
yang indah itu SALING MEMAAFKAN..."